IKLAN SEBENTAR

Tuesday, April 20, 2010

Sickness n Nausea?

Saya mengalami muntah2 yg kronik tp menyeronokkan. Setiap kali sickness dtg atau pening atau loya sy sgt gembira krn sy tau sy hamil... Tapi sy tidak mengalami sickness di waktu pagi tp waktu petang... Berat badan sy turun mendadak sbb xde apa yg tinggal dlm badan sy. Tp sy tetap minum susu dan ambil yogurt dan supplement dari Doktor supaya baby dapat semua khasiat yg diperlukan.
Dan yang paling menyentuh hati ialah melihat suami sy membersihkan apa yg sy keluarkan dari mulut ni dan menjaga sy dgn penuh kasih syg. Situasi ini membuatkan airmata sy jatuh satu satu. Suami sy menjaga sy dan menatang bagai minyak penuh. Sesungguhnya sy berasa sgt bersyukur. Apa yang kami lakukan mendekatkan lagi hati kami berdua...
Tapi ada jugak waktu2 yg tak tertahan iaitu bila kena paksa mkn itu ini... Mmg saya tak suka dipaksa mkn sesuatu yg saya tak terasa nak makan tapi utk baby ni saya turutkan... setiap hari saya amik yogurt atau buah2 atau sayur2 kerap kali... Saya makan daging rusa dan buah delima campur yogurt sbb saya pening...
Dan 2-3minggu loya tu berlalu sekelip mata... Saya bersyukur kerana kembali cergas dan sihat seperti biasa. Semua tu tinggal dlm lipatan ingatan jadi kenangan terindah buat saya dan suami... Masyaallah kami akan jadi ibu dan ayah tidak lama lagi... Syukur!

No comments:

Post a Comment